Wanita Dipukul Dengan Kayu Selepas Cuba Pertahankan Diri Dari Dicabul Sekumpulan Lelaki

loading...
Wanita Dipukul Dengan Kayu Selepas Cuba Pertahankan Diri Dari Dicabul Sekumpulan Lelaki


UTTAR PRADESH – INDIA . Hanya kerana cuba mempertahankan dirinya daripada dicabul, seorang wanita telah dipukul dengan menggunakan kayu hingga mengalami kecederaan di bahagian kepala gara-gar oleh sekumpulan lelaki.
Menurut laporan ​India Times, sebelum kejadian wanita berkenaan telah mendekati sekumpulan lelaki untuk bertanyakan arah untuk ke pasar.
Namun mereka dilihat tidak membantu mangsa, sebaliknya cuba merapatinya untuk mencabul dan menanggalkan dupatta yang digunakan untuk menutup kepalanya.
Abaili dilihat dia cuba bergelut untuk melepaskan diri dan juga mempertahankan dirinya, seorang lelaki yang tidak berpuas hati telah memukulnya dengan kayu sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Video perbuatan sekumpulan lelaki berkenaan telah menjadi viral di seluruh dunia di mana ia telah dimuatnaik oleh pengguna Facebook bernama Madhvendra Pratap Singh.
Lelaki itu menghayunkan kayu sebanyak tiga kali dan akhirnya sempat ditahan oleh seorang lelaki lain yang turut berada dalam kumpulan itu.
Lelaki itu kemudiannya memberi isyarat kasar yang jelas mengarahkan wanita terbabit meninggalkan tempat kejadian.
Insiden tersebut disaksikan oleh orang ramai dan pihak berkuasa, namun tiada siapa tampil memberikan pertolongan.
Selain wanita itu, suaminya juga turut dipukul sementara anak perempuan mereka dibiar melihat seluruh kejadian di depan mata.

Dalam satu laporan polis telah mengesahkan sudah membuat tangkapan terhadap seorang suspek. Manakala individu yang lain disahkan kini diburu pihak berkuasa.
loading...

0 Response to "Wanita Dipukul Dengan Kayu Selepas Cuba Pertahankan Diri Dari Dicabul Sekumpulan Lelaki"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close