Korek telaga, jumpa 'istana' RIUH SATU BEIJING CHINA. SEORANG PETANI BERJAYA MENGBONGKAR ISTANA LAMA YG DI TINGGALKAN.

loading...
Korek telaga, jumpa 'istana' RIUH SATU BEIJING CHINA. SEORANG PETANI BERJAYA MENGBONGKAR ISTANA LAMA YG DI TINGGALKAN.

Korek telaga, jumpa 'istana'

Beijing: Seorang petani terkejut apabila menemui gua karst di bawah halaman belakang rumahnya ketika menggali perigi.
Lelaki dikenali sebagai Zang itu membuat penemuan berkenaan 65 kaki di bawah tanah di rumahnya di daerah Qixian, wilayah Henan.
Kini orang ramai dari seluruh negara datang ke rumahnya untuk melihat gua misteri berkenaan.
Klip video selama tiga minit menunjukkan wartawan membawa kamera menunjukkan gua bawah tanah itu dengan ribuan stalagmit dan stalagtit berbentuk unik diperbuat daripada batu kapur, yang membentuk tiang serta teratai.
Zang berkata dia sekeluarga menggali perigi itu sejak 2007 kerana tanah itu tidak subur langsung. Pada 1 Oktober lalu mereka menemui gua bawah tanah berkenaan.
“Pada mulanya saya menyangka sudah menemui kubur, tetapi nyata kawasan ini terlalu besar. Hasil pemeriksaan mendapati ia tidak ubah seperti istana bawah tanah,” katanya. - Agensi
loading...

0 Response to "Korek telaga, jumpa 'istana' RIUH SATU BEIJING CHINA. SEORANG PETANI BERJAYA MENGBONGKAR ISTANA LAMA YG DI TINGGALKAN."

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close