Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia

loading...
Viral Malaya: Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia

Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia
Peningkatan sara hidup kini menyebabkan ramai rakyat sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan demi mendapatkan wang untuk menyara diri sendiri dan keluarga. Disebabkan desakan itu juga, ramai yang saanggup berhijrah ke negara asing untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan.
Jika dulu, pendatang asing dari Indonesia dan Bangladesh sudah sinonim datang ke Malaysia bagi mendapatkan peluang bekerjaan tetapi kini lain pula ceritanya. Rakyat Malaysia sendiri mula berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan peluang pekerjaan.
Kini, ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Australia untuk bekerja sebagai pemetik buah di sana. Ada yang bekerja di sana secara sah dan tidak kurang juga ada yang bekerja secara haram.
Mari kita baca kisah suka duka rakyat Malaysia yang bekerja di Australia sebagai pemetik buah secara haram ini. Artikel asal dari Utusan Online.
SWAN HILL – Berenang merentasi tasik dan menyorok di dalam hutan. Begitulah ter­desaknya rakyat Malaysia yang bekerja secara haram apabila digempur Imigresen Australia.
Mereka hidup dalam ketakutan diburu dan perlu nekad serta licik meloloskan diri daripada kepungan pihak berkuasa apabila berdepan dengan operasi.
Jika di Malaysia, kita menonton di televisyen bagaimana Imi­gresen Malaysia menyerbu penempatan pekerja asing dari Indonesia dan Bangladesh.
Suasananya sama di sini, cuma yang diburu adalah rakyat Malaysia yang bekerja secara tidak sah. Nasib orang kita sama dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia. Menyedihkan.
Seorang pekerja Malaysia turut berkongsi pengalamannya berdepan dengan serbuan di kawasan ladang blueberry di utara Coffs Harbour yang menyebabkan 34 rakyat Malaysia termasuk dua kanak-kanak ditahan Ogos lalu.
Shahdam, awal 50-an, yang berasal dari utara berkata, pasukan imigresen membuat serbuan secara teratur dengan membuat kepungan darat termasuk menggunakan anjing pengesan.
Di udara pula, helikopter membuat tinjauan untuk mengesan pergerakan pekerja haram yang melarikan diri.
“Mana hang nak lari? Bila ter­desak, mesti buat benda nekad, ada yang sampai berenang da­lam tasik. Ramai yang selamat dengan cara ni.
“Ada yang masuk hutan menyorok, bila line clear kita keluarlah. Kalau di ladang, kita mesti lari dalam pelbagai arah secara individu, jangan bergerak dalam kumpulan, apa kat depan, redah terus,” katanya.
Selepas menggempur ladang, Imigresen Australia juga membuat operasi di stesen-stesen kereta api bagi mengesan pekerja haram yang mahu melarikan diri ke kawasan lain.
Bagi pekerja yang memiliki kenderaan sendiri, misi mereka lebih mudah namun bagi Shahdam dan rakan-rakannya, mereka tiada alternatif yang lebih baik.
“Aku yang tak ada kereta payah lah, sampai ke stesen kereta api tak turun terus, duduk dalam kereta kawan dulu. Intai sekeliling.
“Bila dah sah line clear, baru beli tiket lepas tu menyorok dalam kereta dulu sebelum kereta api sampai,” dedahnya.
loading...

0 Response to " Rakyat Malaysia Berenang, Menyorok Dalam Hutan Elak Ditangkap Imigresen Australia"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close