7 GAMBAR - SEKITAR PENGEBUMIAN JENAZAH S.M.SALIM

loading...
7 GAMBAR - SEKITAR PENGEBUMIAN JENAZAH S.M.SALIM

Suasana sedih menyelubungi majlis pengkebumian jenazah bintang legenda, Allahyarham Tan Sri S.M. Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, kira-kira jam 2.45 petang tadi.
Jenazah Allahyarham sebelum itu dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Kampung Baru selepas solat Jumaat. Solat jenazah diimankan Imam Kedua Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Ab Hamid.
Kira-kira 200 sanak-saudara dan kenalan hadir memberi penghormatan terakhir termasuk rakan artis antaranya Uji Rashid, Datuk Jeffrydin, Datuk M Nasir, Herman Tino, Datuk M Daud Kilau dan Zack Kool.
Untuk info, Allahyarham meninggal dunia pada usia 88 tahun akibat sakit tua di rumah anaknya di Sering Ukay, Hulu Klang, pada jam 5.45 petang semalam.
Allahyarham S.M. Salim memulakan kariernya sebagai penyanyi pada 1950an dan merupakan pendukung lagu-lagu Melayu klasik.
Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.
Allahyarham meninggalkan isteri, Nur Aishah Abdul Ghani, tujuh anak, 14 cucu dan 10 cicit.

Sumber/foto: Berita Harian & Astro Awani
loading...

0 Response to "7 GAMBAR - SEKITAR PENGEBUMIAN JENAZAH S.M.SALIM"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close