loading...
PASIR PUTEH : Hari ini genap 6 hari kehilangan dua sahabat baik lemas di laut ketika mandi pada 25 disember lalu, kehilangan mereka terus jadi misteri tanpa sebarang petujuk walaupun berbagai cara dilakukan.
Suasana di Pantai Tok Bali di sini petang ini pilu apabila ibu kepada salah seorang remaja yang hilang sejak tiga hari lalu dipapah ke gigi air untuk menyeru nama anaknya.
Dengan linangan air mata sambil tangannya menyentuh pasir dan air, S. Hazizan Othman, 43, menyeru nama anaknya, Ahmad Haziem Anizam, 14, berkali-kali dan memohon kepada Allah supaya mereka dipertemukan semula secepat yang mungkin.
“Haziem, baliklah Haziem. Mama tunggu Haziem, baliklah,” katanya berulang kali.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Hazizan berkata, dia pasrah dengan kejadian tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus untuk mencari anaknya.
" mtk jasa baik sume doakan dua sahabat ank ambo Hazim dan Amir yg hilang d telan arus ombak d perairan tok bali..agar bjaya d temui oleh phk pnyelamat..wlau dlm keadaan apa skalipun..gerakan mncari dan myelamat tetap giat d usahakan..tp jasad mereka blum lagi d temui..ya allah..permudahkanlah usaha mereka ya Allah.kami rindu Hazim dan Amir.biar apa pn yg terjadi..kami pasti mereka sudah d tempat yg terbaik..aamiinn.." - Ida Abe wa ibu sahabat Hazim dan Amir
“Sama-sama kita berdoa akan pencarian Ahmad Haziem dan rakannya dipermudahkan.
“Semoga Allah SWT perkenankan dan makbulkan doa kita semua. Sesungguhnya saya merindui Ahmad Haziem dan menerima hakikat kejadian yang berlaku,” katanya.
Kira-kira pukul 4.40 petang 25 disember lalu , Ahmad Haziem dan rakannya Amir Azfar Rafa, 13, hilang selepas dihempas ombak besar sebelum dihanyutkan arus deras ketika mandi berhampiran benteng pemecah ombak di Pantai Tok Bali.
Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) dua remaja yang hilang dihanyutkan deras di Pantai Tok Bali, dekat sini diteruskan pada pukul 7 pagi biarpun terpaksa berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu.
loading...
0 Response to "Sayu : Hazim, Amir pulanglah .. Sudah 6 hari terus MISTERI kehilangan mereka di laut tanpa petunjuk(10 Gambar )"
Post a Comment