Lagi 50,000 Pekerja Akan Dibuang Tahun Baru Nanti - Persekutuan Majikan

loading...
Viral Malaya: Lagi 50,000 Pekerja Akan Dibuang Tahun Baru Nanti - Persekutuan Majikan

Sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans manakala pekerja sektor teknologi kewangan, teknologi insurans, pembuatan dan pembinaan juga berisiko tinggi dibuang.
PETALING JAYA: Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan jumlah pekerja yang diberhentikan pada tahun depan akan terus meningkat antara 45,000 hingga 50,000 orang.
Ketua Pegawai Eksekutif MEF, Datuk Samsuddin Bardan memberitahu Oriental Daily 31,000 pekerja diberhentikan setakat September lalu dan sehingga 50,000 orang dijangka dibuang tahun depan dengan sektor paling terjejas ialah kewangan dan insurans.
Beliau berkata, risiko pemberhentian kerja juga agak tinggi dalam sektor teknologi kewangan (Fintech), teknologi insurans (Insurtech), pembuatan dan pembinaan kerana kadar permintaan merosot.
Beliau meramalkan produk dan perkhidmatan di pasaran tempatan serta eksport kekal lemah sehingga menyebabkan harga barangan tidak stabil tahun depan danseterusnya menyebabkan syarikat berdepan kesukaran apabila keuntungan merosot dan terpaksa membuang pekerja.
“Ini disebabkan ketidaktentuan ekonomi di negara pengeksport utama, termasuk negara Eropah, Amerika Syarikat, China dan Jepun yang mengakibatkan pasaran eksport lemah.
“Dalam pasaran tempatan pula, harga barangan dan perkhidmatan akan naik menyebabkan kos sara hidup rakyat meningkat dan pengguna berwaspada ketika berbelanja.”

loading...

0 Response to "Lagi 50,000 Pekerja Akan Dibuang Tahun Baru Nanti - Persekutuan Majikan"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close