Teringin nak beli rumah? Ini apa yang bank tengok untuk luluskan permohonan rumah impian anda....

loading...
Teringin nak beli rumah? Ini apa yang bank tengok untuk luluskan permohonan rumah impian anda

Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
“Apa proses paling leceh (tapi penting gila) bila nak membeli rumah?”
Dah tentu hal yang melibatkan proses nak dapatkan loan rumah. Dan pada kajian Tok, ramai sangat yang kantoi bab ni.
Bank tak senang-senang bagi loan macam masa dulu. Sekarang ni, silap sikit je, alamat memang tak lepas la permohonan loan korang tu.

Rumah dan loan – Bagai aur dengan tebing

Dalam pelaburan hartanah (tak kira hartanah under construction, subsale, atau lelong), pembiayaan bank adalah satu komponen yang amat penting.
Boleh kata, loan bank dan pelaburan hartanah seperti “aur dengan tebing.” Susah untuk kita pisahkan.
Sebab tu, penting untuk kita fahamkan cara-cara tingkatkan potensi bank luluskan pemohonan loan rumah kita.
Nak tahu caranya?
Banker terkenal, Cikpuan Bella Leana ada kongsikan 8 cara supaya permohonan pinjaman kita senang lulus. Tok nak korang baca dan hadamkan ilmu ni sebaik boleh.

#1: Jaga betul-betul jumlah simpanan anda dalam bank

Bank suka kalau korang ada duit simpanan (savings) yang cukup.
Tapi, apa maksud sebenar ayat “cukup” tu?
Paling kurang, korang kena ada simpanan selama 6 bulan untuk bayar installment rumah dalam akaun tu.
Bertambah-tambah cun, korang dah siap-siap simpan 1 tahun punya duit instalment. Nak lagi power? Korang simpan duit untuk bayar instalment untuk tempoh 3 tahun.
Korang juga boleh attach-kan buku Tabung Haji atau ASB (yang dah update) atau akaun simpanan selain daripada bank yang korang apply tu.

#2: Pastikan ada duit sikit dalam akaun bank setiap kali hujung bulan

Korang boleh pastikan ada sufficient balance (baki yang mencukupi) sementara korang tunggu gaji bulan depan masuk.
Apa yang saya maksudkan dengan suffiecient ni?
Katakan, esok gaji korang masuk. Duit simpanan yang patut ada dalam akaun korang tak kurang daripada RM50.
Jangan pulak lagi 15 hari nak masuk gaji baru, dah tinggal RM12.38 dalam akaun. Memang sedih dan haru. Yang ni, bank memang susah nak approve loan yang korang apply.
Kalau korang asingkan duit tu dekat akaun yang lain, boleh je attach-kan sekali dalam satu dokumen dan bagi banker tengok.

#3: Cara guna kad kredit supaya bank senang hati bagi loan rumah dekat anda

Ini antara tip yang patut semua orang amalkan sebelum memohon loan rumah dekat bank.
Pertama, elakkan guna kad kredit sehingga cecah 70% credit limit. Lagi rendah korang guna, lagi bagus. Dan bank cukup suka kalau korang jaga part ni baik-baik.
Kat sini, bank akan tengok cara korang gunakan kad kredit dan pastikan sama ada korang pengguna yang berhemah atau sebaliknya.
Yang ke-2, jangan asyik bayar minimum payment semata-mata. Kalau bayar setakat 5% je daripada jumlah hutang yang korang buat, scoring korang akan terganggu.
Tak salah pun bayar lebih sikit, melainkan kalau korang betul-betul tak mampu. Kalau korang bayar semua lagi bagus.

#4: Bank 100% akan approve loan kalau CCRIS anda penuh dengan nombor ini

Nombor apa yang patut ada dalam CCRIS korang tu?
Kalau korang serius nak CCRIS cun melecun supaya bank senang approve, pastikan hanya ada nombor “0” je dan takde nombor lain selain nombor ni.
Dan kalau boleh, periksa hire purchase dan pastikan tahu due date untuk bayaran instalment bulanan korang. Bayar awal sebelum due date ya.
Selain tu, check jugak di CCRIS item nombor 2 (dekat bahagian “special attention account”). Kalau ada sebarang perkara yang tersenarai dekat situ, pastikan korang settle-kan dulu.
Bila dah settle, korang lampirkan sekali dengan release letter dan bagi dekat pegawai bank yang korang apply tu.
Dan jangan lupa jugak check item nombor 3 (bahagian “application on credit”) sebab ini pun mainkan peranan.
Kalau terlalu banyak apply di merata bank pun, boleh jadi masalah dekat korang jugak. Jadi sentiasa periksa CCRIS korang yang terkini ya.

#5: Elak memajak emas sebelum apply loan

Kalau dalam CCRIS korang ada rekod Ar-Rahnu (pajakan di bank), ini akan menyumbang ke arah negatif.
Ini akan jadikan skor korang rendah dan akan effect proses permohonan loan korang. Dan jangan tanya saya kenapa sebab saya pun takde jawapan yang sahih.
Tapi berdasarkan pengalaman, benda ni memang akan bagi kesan kepada korang punya scoring.
Pesan Tok: Semua pajakan di Ar-Rahnu masuk rekod CCRIS start tahun 2010, korang kena ingat pajakan di Ar-Rahnu dikira sebagai pinjaman bercagar.
Jadinya satu surat pajak = satu rekod hutang dalam CCRIS.
Dan seperti pinjaman yang lain, jagalah pajakan korang ni dengan baik.

#6: Lampirkan sekali Letter Offer setiap loan yang anda buat

Atau, korang juga boleh selitkan sekali statement bayaran yang paling latest untuk setiap loan yang korang pernah buat.
Sebab apa kena buat macam ni?
Ingat, kita nak senangkan kerja banker. Dan bila korang buat ni, korang akan mudahkan kerja mereka mengira DSR dan bagi cadangan (recommendation) yang terbaik dekat korang.

#7: Bab penyediaan dokumen – Pastikan ia lengkap 100%

Bukan setakat basic dokumen je tau. Kalau boleh, segala sepupu sepapat dokumen yang berkaitan (yang buktikan sumber pendapatan), korang lampirkan sekali dan bagi dekat banker.
Yang related je ya. Jangan pulak ada yang menggatal bagi dokumen sijil kursus kahwin ke atau yang sama waktu dengannya. Banker takde masa nak melawak dengan korang.
Dan pastikan segala dokumen tu updated. Check dulu betul-betul dan pastikan tak outdated.

#8: Pastikan anda layak buat permohonan loan (kalau tak nak bazirkan masa)

Sebelum korang nak beli rumah, pastikan korang dah refer kepada beberapa banker yang ada (paling kurang 3 bijik bank) untuk periksa availability korang.
Tujuan utama adalah nak tahu sama ada korang layak buat loan atau tak, dan berapa banyak jumlah loan yang korang mampu pinjam.
Jangan main pergi je. Buat rugi masa korang je nanti.

Ingat ini selalu – Banker bukan kuli anda

Satu lagi (yang ni, kira penting juga tau). Masa nak hantar application tu, sediakan semua perkara siap-siap.
Banker tu bukan kuli korang, faham? Setiap dokumen yang korang fotostat, make sure ia jelas dan terang. Takut nanti terkebil-kebil mata banker tu nak fokus dekat dokumen korang. Haha.
Ini sekadar guideline kasar je. Kalau nak maklumat yang lebih terperinci, korang boleh consult dulu dengan banker yang bertauliah.
loading...

0 Response to "Teringin nak beli rumah? Ini apa yang bank tengok untuk luluskan permohonan rumah impian anda...."

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close