loading...
Anak Demam Malam. Semua ibu bapa yang berhadapan dengan gelaja anak demam tentu akan berasa resah. Apatah lagi, anak kerap demam malam.
Ketika di siang hari, si kecil ini cukup aktif namun tiba-tiba demam di malam hari. Selalunya ibu bapa tidak mendapat tidur yang mencukupi kerana anak demam malam ini kebiasaannya lebih banyak meragam!
Apa Itu Demam?
Demam sebenarnya merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan. Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.
Oleh itu,suhu badan yang meningkat akan menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan anak anda demam.
Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat. Jika anak anda masih aktif,makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.
Anak demam malam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi.Pada waktu itulah anak demam malam ini mungkin menjadi petanda masalah kesihatan yang lebih serius.
Berikut merupakan cara meredakan demam malam anak anda;
1. Pastikan Anak Anda Betul-Betul Demam
Suhu badan manusia berubah-rubah mengikut waktu dan keadaan badan.Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah diantara 36- 37.4 darjah celcius. Ketahui tahap demam anak anda berpandukan suhu berikut:
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius
(Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius.)
2. Lakukan Kaedah ‘Sponging’
'Sponging' atau menjelumkan kepala anak anda merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu anak demam malam. Cara untuk melakukan 'sponging' ini adalah:
Sediakan air suam dalam besen dan 3 helai tuala kecil.
* Rendamkan tuala dan perahkan airnya.
* Kemudian,lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama dan biarkan.
* Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua dan biarkan di celah ketiak.
* Akhir sekali,lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
* Ulangi cara tersebut dan lakukan selama 30 minit.
3. Berikan Anak Anda Ubat Demam Mengikut Dos Dan Waktu Yang Ditetapkan
Ubat paracetamol atau lebih dikenali sebagai panadol merupakan ubat untuk melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang.Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.
Ubat ini selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Tetapi pastikan ubat yang diberikan tidak melebihi 4 dos sehari.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa berikan dos yang terakhir diantara jam 11-12 tengah malam. Jika ibubapa mematuhi waktu ini,anak demam malam boleh tidur dengan selesa dan suhu malamnya tidak terlalu tinggi.
4. Galakkan Anak Minum Air Dengan Banyak
Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Oleh itu,letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.
Jika anak masih kecil, anda sebagai ibubapa haruslah rajin memberikan anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air kepadanya. Alternatif lain adalah anda boleh masakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.
5. Pakaikan Anak Anda Dengan Pakaian Nipis
Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak mereka dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar terutamanya anak demam malam. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak anda juga lebih selesa.
Bahaya Demam Malam
Sebagai ibu bapa,anda harus memastikan anak anda tidak mengalami suhu tinggi berterusan.Jika demam anak anda juga disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera.
Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.
Ini adalah kerana demam malam adakalanya membawa kepada simptom masalah kesihatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza.
Antaranya adalah demam berterusan tanpa mengira siang atau malam. Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan dan kerosakan otak walaupun demam bukanlah penyakit yang serius.
Petua Tradisional Menurunkan Suhu Anak Demam
Daun Bunga Raya
Bayi dan anak-anak kecil yang demam akan merengek dan buat perangai sebab tak selesa dengan keadaan suhu badannya yang panas.
Ambilkan beberapa helai daun bunga raya dan ramaskan daun tersebut sehingga hancur dan keluar lendirnya. Kemudian sapukan pada kepala dan ubun-ubun anak anda Ulang beberapa kali sehingga demam anak anda kebah.
kelapa Muda
Anda boleh juga cuba berikan anak anda minum air kepala muda dua kali sehari sekiranya demam anak anda berpanjangan dan masih tidak mahu kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat. InsyaAllah, suhu badan panas itu akan mulai turun.
bawang Merah
Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam. Selain itu,anda juga boleh mencampurkan bawang yang telah ditumbuk itu dengan sedikit minyak kelapa dan lumurkan ke badan anak terutamanya bahagian punggung dan dada.
ubi Kayu
Mungkin anda tidak tahu bahawa ubi kayu dapat menurunkan suhu badan yang panas.Caranya dengan mengambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut. Parutan ubi itu kemudiannya ditempekkan ke dahi anak anda. apabila parutan ubi itu sudah kering, gantikan dengan yang baru sehingga suhu panas tu menurun ke paras biasa.
Air Asam Jawa
Jika anak anda diserang demam kuat dan sukar untuk mendapatkan rawatan dengan segera, anda bolehlah cuba meredakan demam tu dengan menjaramkan kepalanya dengan air asam jawa.Caranya adalah ambil sedikit asam jawa, ramaskan dengan sedikit air. Selepas itu sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepala. Biarkan air asam jawa tu kering dengan sendiri.Lakukan berulang kali sehingga demam anak anda kebah.
Sirih Pinang
Sediakan beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Lalu,tumbukkan kesemua bahan itu sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak anda yang demam. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.
Maklumat Tambahan!
Sekiranya anak anda mempunyai tanda-tanda di bawah ini,ia bermakna anak anda memerlukan rawatan serius daripada doktor.
- Kelenjar leher bengkak
- mata merah
- tidak fokus
- ruam
- muntah
- Pening kepala
- Menangis dan merengek
- Sensitif pada cahaya
- Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit
Sekiranya suhu anak demam malam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan si manja anda tidak mengidap penyakit berbahaya seperti demam denggi atau meningitis iaitu radang pada otak.
loading...
0 Response to "Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam Malam Jangan lupa SHARE artikel yang cukup bermanfaat ini."
Post a Comment