Anjing Berani Sanggup Sabung Nyawa Temani Pasangan di Landasan Selama 2 Hari, Biarpun Keretapi Lalu Diatas Mereka

loading...
(Video) Anjing Berani Sanggup Sabung Nyawa Temani Pasangan di Landasan Selama 2 Hari, Biarpun Keretapi Lalu Diatas Mereka

Seekor anjing berani sanggup merisikokan nyawa bagi menemani pasangannya yang tercedera dan tidak dapat bergerak dari landasan keretapi.
Anjing jantan yang dinamakan Panda, menemani Lucy selama dua hari dan enggan meninggalkan pasangannya itu biarpun mengetahui landasan keretapi itu berbahaya.
Ketika keretapi melalui diatas mereka, Panda akan memastikan Lucy menundukkan kepada ke tanah supaya selamat.
Jika ada penduduk tempatan yang cuba mendekati, Panda akan menyalak bagi menakutkan mereka. Pasangan itu berada di landasan selama dua hari, bertarung nyawa kerana Lucy luka teruk sehingga tidak dapat bergerak.
Tidak pasti sama ada Lucy tercedera akibat dilanggar keretapi namun pemuat naik video pasangan anjing terbabit berkata ianya satu kisah yang menyayat hati.
"Saya terima satu panggilan telefon dari rakan yang berkata ada dua ekor anjing di atas landasan keretapi berdekatan Tseglovka selama dua hari.", kata Denis Malafeyev.
"Bila kami sampai, rupa-rupanya salah seekor dari anjing terbabit - betina - cedera dan tidak dapat bergerak. Namun, anjing jantan itu melindunginya dari kami.
"Saya ternampak sebuah keretapi dalam perjalanan ke arah mereka - dan mula merasa takut. Anjing jantan itu mendengar keretapi semakin menghampiri kemudian ia mendekati anjing betina dan duduk di sebelahnya.
"Kedua-dua mereka menundukkan kepala ke tanah sementara menunggu keretapi itu berlalu.
"Saya tidak pasti ingin memanggil (kejadian) ini apa. Cinta? Taat Setia? Kasih Sayang?". Tapi yang pasti, bukan semua manusia sanggup melakukan perkara sama".
Dia kemudian mendedahkan bahawa anjing-anjing itu telah dialihkan dari landasan terbabit.
"Bagi mengurangkan stress semua, anjing-anjing itu sudah selamat. Mereka telah menerima rawatan. Lucy tidak mengalami sebarang kecederaan teruk tapi cuma luka-luka.
Difahamkan juga, tuan kepada anjing itu sudah ditemui dan Malafeyev berkata haiwan peliharaan itu telah pun dipulangkan.

loading...

0 Response to "Anjing Berani Sanggup Sabung Nyawa Temani Pasangan di Landasan Selama 2 Hari, Biarpun Keretapi Lalu Diatas Mereka"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close