Dah lebih 1 tahun bekerja dalam sektor kerajaan? Anda layak beli rumah dengan 100% pinjaman tanpa letak sebarang down payment. Serius!

loading...
Dah lebih 1 tahun bekerja dalam sektor kerajaan? Anda layak beli rumah dengan 100% pinjaman tanpa letak sebarang down payment. Serius!

Sumber gambar: LPPSA
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Semua orang impikan sebuah kediaman yang selesa untuk duduk bersama ahli keluarga kita.
Tapi kebelakangan ni, bank cukup susah nak luluskan permohonan loan rumah.
Walaupun korang dah lepas segala syarat yang bank tetapkan, ada lagi beberapa faktor yang buatkan loan application korang kena tolak mentah-mentah.
Apa yang korang boleh buat?
Untung korang yang kerja dalam sektor awam (kerja kerajaan). Baca dan aplikasi ilmu yang Tok baca dekat blog Khir Khalid ni.
Dah tak payah risau lagi nak kumpul duit untuk bayar down payment rumah lepas ni. Hehe.

“Loan boleh dapat sehingga 100%. Interest lagi rendah berbanding bank.” – Siapa tak suka dapat macam ini?

Tengah plan nak beli rumah tahun depan? Sedang bekerja sebagai kakitangan kerajaan? Macam mana nak apply untuk pinjaman perumahan kerajaan?
Kalau tengah bekerja dalam sektor kerajaan, korang memang beruntung. Loan kerajaan adalah salah satu jenis pinjaman dengan kadar interest paling rendah (kalau bandingkan dengan loan bank).
Paling best, loan kerajaan boleh lulus sehingga 100% LTV (margin pembiayaan). Bermakna, tak payah lagi kumpul duit deposit walaupun untuk beli rumah pertama korang.
Rugi kalau korang abaikan peluang emas ni. Tak semua orang berpeluang macam korang.
Nah, kami kongsikan serba sedikit pengalaman pegawai Bahagian Jualan dan Pemasaran dalam menguruskan pembeli rumah yang gunakan loan kerajaan.

Macam mana nak tahu saya layak memohon?

Korang kena lepas syarat-syarat asas untuk buat pinjaman kerajaan berdasarkan pekeliling LPPSA:
1) Warganegara Malaysia dan kakitangan berjawatan tetap.
2) Pegawai Tetap yang sedang berkhidmat dalam Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, atau Badan Berkanun, atau Pihak Berkuasa Tempatan.
3) Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
4) Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun dan jawatan telah disahkan. Bukan seorang yang:
  • Bankrap,
  • Terlalu banyak berhutang,
  • Pemakan gaji yang tak berkemampuan,
  • Sedang dalam tindakan tatatertib.
5) Perjanjian Jual Beli atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukan penyaksian peguam.
6) Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri, dan juga Pinjaman 2 nama di dalam Perjanjian Jual Beli (SNP), wajib sertakan sekali Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Nak tahu pasal bab ni secara lebih terperinci? .

2 perkara yang tentukan anda layak dapat loan atau tak

1) Pertama sekali adalah peratutan BPP (Bahagian Pinjaman Perumahan).
Kelayakan pinjaman adalah berdasarkan gaji pokok mengikut jadual seperti di dalam pekeliling, dengan syarat potongan gaji tak lebih 60% daripada gaji pokok (tak termasuk potongan lain).
Korang boleh refer jadual dekat bawah ni:
2) Yang ke-2 adalah peraturan Jabatan.
Ada diantara sesetengah jabatan mempunyai peraturan pentadbiran bagi menyokong sesuatu Permohonan Pinjaman Perumahan Kerajaan.
Peraturan yang sering digunapakai adalah jumlah potongan tak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan (gaji pokok + elaun), termasuk potongan lain yang termasuk dalam slip gaji.
Sebab tu, penting untuk pastikan dulu sama ada jabatan korang ada gunakan peraturan ni atau sebaliknya sebelum membeli rumah.

Apa nak buat lepas tu?

Lepas dah jelas tentang kelayakan untuk lulus pinjaman jenis ini, korang perlu isi borang online Pinjaman Perumahan Perbendaharaan SPPP/SPPI, dan dapatkan tandatangan ketua jabatan korang pada borang tu bersama beberapa dokumen yang lain.
Antara dokumen yang korang kena sediakan adalah:
  • Salinan kad pengenalan,
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini,
  • Salinan Surat Pengesahan Perkhidmatan,
  • Salinan Surat Pengesahan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen.
Tapi, ada terdapat juga beberapa dokumen dari pihak pemaju yang perlu dihantar bersama, seperti:
  • Salinan Fotostat Surat Hakmilik Individu,
  • Salinan Fotostat Surat Perjanjian Jual Beli,
  • Borang 3B/1999 untuk kes yang mempunyai Hak Individu,
  • Borang B5 – AKU JANJI PEMAJU DAN PERAKUAN FIRMA GUAMAN,
  • JADUAL IV (KEEMPAT) – Surat Kuasa Wakil,
  • Lesen Pemaju dan Permit Iklan dan Jualan.

Apa pula akan jadi lepas pinjaman anda lulus?

Lepas pinjaman dah confirm lulus, korang perlu lengkapkan Borang Setuju Terima Amaun dan Syarat-Syarat Pinjaman dengan dapatkan pengesahan daripada ketua jabatan korang.
Lepas tu, serahkan (borang yang dah complete) kepada Bahagian Pinjaman Perbendaharaan sebelum tamat tempoh yang ditetapkan.
Settle yang ni, korang hanya perlu tunggu untuk dapatkan maklum balas daripada Bahagian Pinjaman Perbendaharaan.

“Apa yang saya boleh buat kalau ada berlaku kematian (meninggal dunia) dalam tempoh perkhidmatan?”

Maklumat ni, Tok dapat dalam laman web rasmi LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). 
Ketua Jabatan perlu dengan serta-merta laporkan kematian anggota mereka kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).
Kemudian, kemukakan Borang Lampiran II dan salinan sijil kematian yang disahkan Pengeluar Sijil tu.
Atau korang boleh buat macam ni.
Waris atau balu juga boleh menghantar satu (1) salinan sijil kematian yang disahkan Pengeluar Sijil/Polis/Ketua Jabatan ke LPPSA secepat mungkin. Nyatakan nama penuh waris/balu, alamat, dan juga nombor telefon terkini untuk mereka hubungi.
Ini supaya LPPSA dapat uruskan tuntutan pampasan insuran/Takaful daripada syarikat insuran/Takaful.
Satu notis pemberitahuan akan dikeluarkan LPPSA kepada waris/balu/jabatan sebagai makluman status akhir kedudukan Akaun Pinjaman, sama ada berbaki debit/kredit lepas amaun pampasan diterima LPPSA.
Dalam kes di mana pinjaman masih berbaki kredit selepas ditolak ansuran yang diterima, waris/balu perlu jelaskan baki debit itu sebelum pulangkan dokumen hakmilik.
Sementara tu, waris/balu juga dinasihatkan untuk terus hubungi Pejabat Tanah/Mahkamah Tinggi, atau melantik peguam bagi urusan untuk dapatkan pentadbiran pusaka, tanpa perlu tunggu notis pemberitahuan LPPSA (sebab tempoh dokumen ni keluar memakan masa yang agak lama).

Apa syarat untuk dapatkan semula geran dan lebihan kredit (kalau ada)?

LPPSA hanya akan pulangkan semula geran dan lebihan kredit (kalau ada) lepas pihak waris/balu/jabatan serahkan salah satu salinan pentadbiran pusaka, seperti:
  1. Surat Perintah Pembahagian Harta, Ordinance (Pembahagian) Harta Pusaka Kecil 1985, sekiranya harta itu bernilai kurang dari RM2 juta, atau,
  2. Surat Perintah Mahkamah bagi harta bernilai atau lebih RM2 juta, atau,
  3. Surat Kuasa Pentadbiran (Letter of Administration) yang dikeluarkan pegawai Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi, atau,
  4. Surat Kuasa (Grant of Probate) yang Mahkamah Tinggi keluarkan.
Salinan surat ini hendaklah disahkan pegawai Pejabat Tanah/Mahkamah berkenaan sebelum diserahkan kepada LPPSA.
Waris/balu juga dinasihatkan untuk hubungi Jabatan Perkhidmatan Awam Pencen (JPA-Pencen) untuk sebarang urusan pencen terbitan sekiranya berkaitan.
Langkah paling selamat adalah korang boleh ukur kemampuan membayar balik pinjaman dengan menyemak segala komitmen yang ada.
Tak susah kan nak buat loan rumah kerajaan? (Tapi, Tok tak cakap senang eh).
Tapi, mungkin ada yang masih keliru macam mana loan kerajaan ni berbeza dengan loan rumah yang biasa.
Ada jugak yang bertanya macam ni:

Boleh ke kalau tak kerja kerajaan, tapi nak 100% financing untuk beli rumah pertama?

Jawapan ringkas Tok:
“Dengan ilmu yang betul, pasti boleh.”
loading...

0 Response to "Dah lebih 1 tahun bekerja dalam sektor kerajaan? Anda layak beli rumah dengan 100% pinjaman tanpa letak sebarang down payment. Serius!"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close