Bos Terbaik Dunia? Bos Benarkan Pekerja Mengambil Cuti Seberapa Banyak Yang Dimahukan Tanpa Menolak Sesen Pun Dari Gaji Mereka

loading...
Bos Terbaik Dunia? Bos Benarkan Pekerja Mengambil Cuti Seberapa Banyak Yang Dimahukan Tanpa Menolak Sesen Pun Dari Gaji Mereka


Seorang bos berani di Jerman berkata dia akan berhenti dari mengira cuti para pekerjanya dan mereka boleh bercuti sebanyak mana yang dimahukan - tanpa menolak satu sen pun dari gaji mereka.
Ullrich Kastner, pengasas sebuah syarikat broker hotel di Jerman berkata dia memutuskan untuk membenarkan kesemua 37 pekerjanya bercuti bila-bila masa yang mereka mahu.
Peraturan baru itu efektif serta merta buat pekerja projek start-up 'Myhotelshop.de' yang berpangkalan di bandar Leipzig, Jerman. Tawaran murah hati ini dijangkakan akan berterusan selama setahun.
Bos berusia 41 tahun itu berkata: "Pasukan ini telah membuktikan mereka boleh bertanggungjawab. Itulah yang paling penting bagi saya.
"Pekerja-pekerja saya tidak sepatutnya bekerja mengikut peraturan, tetapi mengikut matlamat".
Kastner menjelaskan bahawa perkara utama yang paling dikhuatirinya adalah tiada langsung kerja yang belum disiapkan. Katanya, cara baru ini lebih menenangkan hatinya dan boleh menjuruskan kepada keseimbangan antara kerja dan kehidupan.
Ullrich

Seperti yang dijangka, para pekerja Kastner menyambut baik tawaran itu.
Salah seorang pekerja, Rebekka Oelze, telah mendapat kelebihan itu pada tahun ini sebelum ia diaplikasikan kepada seluruh pekerja di syarikat terbabit pada tahun depan.
Oelze berkata: "Saya habiskan sejumlah tiga dan separuh minggu dengan keluarga saya di Baltic Sea. Saya mungkin boleh memanjangkan masa cuti beberapa minggu lagi nanti.
loading...

0 Response to "Bos Terbaik Dunia? Bos Benarkan Pekerja Mengambil Cuti Seberapa Banyak Yang Dimahukan Tanpa Menolak Sesen Pun Dari Gaji Mereka"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close