Lebih 18 Ribu Perkongsian Di Facebook, Resepi Tteokbokki Ini Pasti Ada Keistimewaannya Yang Tersendiri

loading...
Lebih 18 Ribu Perkongsian Di Facebook, Resepi Tteokbokki Ini Pasti Ada Keistimewaannya Yang Tersendiri

Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan satu pengumuman yang mana, sebuah rancangan dari Korea, iaitu Running Man bakal mengakhiri siarannya pada Februari 2017, dan ia memberi banyak kesedihan, bukan sahaja di Malaysia, tapi negara Asia yang lain juga.
Mengapa admin kaitkan Running Man dengan apa yang admin ingin kongsikan di sini, ini kerana, menerusi Running Man, banyak diketengahkan makanan-makanan Korea yang popular, dan permainan yang mereka selalu main juga, berkaitan dengan makanan tradisi mereka.
Mungkin ada di antara anda yang teringin menikmati makanan Korea, tetapi untuk ke sana jauh pula, dan risau akan status halalnya. Dengan lebih dari 17 ribu perkongsian di laman Facebooknya, admin ingin kongsikan resipi dari saudari Xiyans Muhamad, macam mana untuk membuat tteokbokki. Jom kita tengok sikit caranya, Nampak macam mudah.
Resipi Tteokbokki Ringkas
Alhamdulillah Tteokbokki yang ringkas dah siap permintaan anak Dara 3 orang kat umah ni.
Resepi ni adalah Cara saya kalau tidak mahu share, tidak mengapa
KEK BERAS
1/2 pekat tepung pulut
1 sudu kecil minyak bijan
Garam sikit
Air
UNTUK SOS
Minyak masak dalam 3 sudu makan untuk menumis
1/2 cawan air
5-6 biji cili api + 4 ulas bawang putih di blend
2 sudu makan cili kisar
4 sudu besar sos Thai bawang putih
1 sudu makan cuka
a. 1/2 bungkus tepung beras pulut + garam + minyak bijan + air. Uli jangan lembik ya keras sikit dari wat buah melaka
b. Jadikan doh, uli secara memanjang, dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk dimakan, atau ikut citarasa sendiri
c. Panaskan air 1/2 periuk letak minyak masak dlm 1 sudu makan, air mendidih masukkan kek beras dah nampak timbul angkat sejatkan
b.  Tumis bahan yang di blend tadi dan bila cili kisar dah nampak garing masukkan air, dan cuka, kacau sebati, masukkan cili sos Thai garam dan gula kacau. 
Gula ikut rasa sebab sos dia nak kena manis dan garam ikut rasa masing-masing. 
Dah nampak agak pekat masukan kek beras kacau, last masukan minyak bijan (2 sudu kecil) dan biji bijan kacau dah boleh angkat. Saya juga ada campurkan mushroom shiitake sekali.
loading...

0 Response to "Lebih 18 Ribu Perkongsian Di Facebook, Resepi Tteokbokki Ini Pasti Ada Keistimewaannya Yang Tersendiri"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close