loading...
Air kopi apabila anda beli di kedai biasa atau mamak hanya berharga RM2.00. Tetapi, harga untuk satu cawan kopi ini boleh mencecah sehingga RM20 apabila dijual di kedai ala-ala hipster.
Artikel ini sekadar memberi peringatan kepada yang bergaji rendah tetapi selalu minum kopi mahal.
Rasa yang berbeza dan lebih sedap menjadi sebab utama kenapa harga kopi ini sangat mahal.
Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa masih ramai yang beli kopi ini walaupun harganya adalah mahal.
Trend
Kadang-kadang ia hanyalah satu trend untuk minum kopi yang agak mahal ini. Lebih-lebih lagi apabila anda dapat duduk di café yang ala-ala hipster.
Kadang-kadang ia hanyalah satu trend untuk minum kopi yang agak mahal ini. Lebih-lebih lagi apabila anda dapat duduk di café yang ala-ala hipster.
Trend ini hanya akan menyebabkan duit anda mengalir keluar dengan laju dari poket anda. Melainkan anda memang mempunyai gaji yang tinggi, anda tidak perlu risau dengan trend yang mahal ini.
Jika anda minum satu cawan kopi dalam masa seminggu, ini bermakna anda akan belanjakan RM80 sebulan (RM20 x 4 minggu).
Malu dengan kawanYa. Ini antara satu alasan popular kenapa mereka yang bergaji rendah tetapi masih ingin beli kopi mahal ini.
Apabila berjumpa dengan kawan, mereka memilih untuk duduk di kedai kopi yang mahal kerana tidak mahu kalah dengan kawan-kawan.
Sebab itu pemilihan kawan amat penting kerana gaya hidup mereka akan mempengaruhi hidup kita juga. Jika anda ingin berjimat, lepak sahaja dengan kawan-kawan yang suka duduk di mamak.
Bagaimana jika mahu minum juga?
Namun begitu, jika anda betul-betul teringin untuk minum air kopi mahal itu, kami kongsikan beberapa tip dan langkah yang perlu anda ambil.
Cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengorbankan perkara lain yang mempunyai nilai yang sama seperti harga kopi tersebut.
Namun begitu, jika anda betul-betul teringin untuk minum air kopi mahal itu, kami kongsikan beberapa tip dan langkah yang perlu anda ambil.
Buat tabung entertainment
Jika anda memang penggemar kopi mahal tetapi mempunyai masalah kewangan, pastikan anda buat satu tabung entertainment.
Jika anda memang penggemar kopi mahal tetapi mempunyai masalah kewangan, pastikan anda buat satu tabung entertainment.
Pastikan anda mempunyai dana di dalam tabung ini baru anda boleh pergi beli kopi tersebut.
Konsep ini sangat mudah iaitu simpan dahulu, belanja kemudian.
Apabila anda buat simpanan untuk tabung ini, anda tidak akan berbelanja lebih daripada jumlah yang sepatutnya anda belanjakan.
Korbankan perkara lain.Cara lain yang anda boleh cuba adalah dengan mengorbankan perkara lain yang mempunyai nilai yang sama seperti harga kopi tersebut.
Jika anda perlukan RM80 sebulan untuk minum air kopi, ini bermakna anda terpaksa mengurangkan perbelanjaan anda yang lain seperti makanan harian, tambah nilai telefon anda dan apa sahaja.
Semoga dengan tip mudah ini dapat membantu anda mengurus perbelanjaan harian.
loading...
0 Response to "Gaji rendah tapi masih lagi mahu minum kopi mahal. Baca ini."
Post a Comment