"AYAH PESAN USAH PUTARKAN LAGUNYA" - ANAK S.M. SALIM

loading...
"AYAH PESAN USAH PUTARKAN LAGUNYA" - ANAK S.M. SALIM

Siapa yang tidak pernah mendengar lagu-lagu penyanyi legenda lagu Melayu asli, Allahyarham Tan Sri SM Salim, seperti 'Pantun Budi' yang sering dimainkan di majlis-majlis perkahwinan, apatah lagi lagu 'Apa Nak Jadi' dan lagu 'Pandang-pandang, Jeling-jeling' pasti menghiburkan hati orang ramai.
Anak keenam Allahyarham Tan Sri SM Salim, Sheikh Shamsul Sheikh Salim, 51, berkata bahawa arwah ayahnya pernah berpesan kepadanya supaya semua lagu dan video muzik Allahyarham tidak dimainkan selepas ketiadaannya. Namun jelas Sheikh Shamsul, perkara itu sukar dilakukan.
"Saya pernah cakap ayah adalah public figure. Jadi, kalau tersebar berita dia jatuh pun, orang akan datang. "Saya tidak ada hak untuk halang media berhenti memutarkan lagu dan muzik video dia," katanya.
Allahyarham yang menderita sakit saraf sejak 17 tahun lalu, meninggal dunia dikelilingi isteri, anak dan cucu di rumah seorang anaknya di Sering Ukay, Ukay Perdana, di sini, 5.45 petang tadi.
SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros meninggalkan isteri, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh anak iaitu Sheikh Samsudin, 68; Siti Noraishah, 60; Siti Nur Huda, 56; Siti Maheran, 54; Siti Huzayah, 53; Sheikh Shamsul, 51 dan Siti Zubaidah, 35.
Tambah Sheikh Shamsul, beliau juga tidak marah ada individu berkongsi berita kematian ayahnya sebelum beliau menemui ajal.
"Semua orang nak jadi yang pertama. Terpulang pada individu untuk mencari yang sahih dengan tidak. Kalau tidak benar, biar dia jawab di sana nanti," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Bercerita detik terakhir, Sheikh Shamsul berkata, ayahnya terjaga beberapa kali dan meminta minuman, awal pagi tadi, sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, arwah terjaga kira-kira jam 11 malam tadi ketika Datuk Ramli MS datang menziarah dan mulutnya kelihatan berkata sesuatu tetapi tidak keluar suara.
"Sepanjang malam tadi, saya ada di sisinya. Ayah terjaga kira-kira jam 3 pagi, diikuti 4.30 pagi dan 5.45 pagi kerana meminta air.
"Saya beri ayah minum air Zam Zam. Jam 6 pagi tadi saya nampak denyutan nadinya kembali normal sebelum menurun ke paras tidak normal dua jam kemudian," tuturnya ketika ditemui pemberita di kediaman ayahnya di Ukay Perdana.
Sumber: Berita Harian
Foto: Berita Harian & mStar
loading...

0 Response to ""AYAH PESAN USAH PUTARKAN LAGUNYA" - ANAK S.M. SALIM"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close