Isteri Nekad Lari Bersama Kekasih Selepas Hubungan Sulit Dihidu Suami

loading...
Viral Malaya: Isteri Nekad Lari Bersama Kekasih Selepas Hubungan Sulit Dihidu Suami

Suami mana yang boleh bersabar jika mendapat tahu isteri yang disanjungi dan yang disayangi selama ini berlaku curang terhadap cinta yang telah lama terbina.
Cinta suami isteri cinta sejati, sebagai bukti, kehadiran empat orang anak comel mengeratkan lagi rasa kasih dan sayang suami isteri.
Perkongsian ini adalah kisah benar-benar yang berlaku kepada seorang suami yang dikenali sebagai Azli. Azli sedang mencari isterinya yang bernama Azita.
Rumahtangga Azli dan Azita sebelum ini sangat bahagia, tetapi entah di mana silapnya, isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Shukri. 
Apa salah dan dosa suami sehingga isteri sanggup berbuat demikian tanpa memikirkan dosa pahala dan juga suami, setidak-tidaknya ingatlah anak-anak yang masih memerlukan seorang ibu.
Kata Azli dia sedang mencari isterinya yang didapati telah melarikan diri dari rumah bersama anak sulung dan kekasihnya. Sehingga kini mereka gagal dikesan dan hilang entah ke mana.
Menurut Azli, lelaki itu dikenali sebagai Shukri Harun yang tinggal di Lembah Bujang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di daerah Jitra, manakala isterinya Azita yang berkerja di sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah.
Azli berkata, semuanya bermula pada malam semalam apabila Azita membawa keempat-empat anaknya bersama untuk melarikan diri, namun hanya 3 orang anak yang diselamatkan Azli, manakala anaknya yang sulung mengikut Azita bersama kekasihnya.

Kepada sesiapa yang mengenali Azita seperti gambar di atas, Azli memohon agar dapat menghubungi beliau dengan segera. 
Menurut Azli, perkara ini harus diselesaikan dengan baik. 
Adalah tidak wajar Azita mengambil tindakan dengan melarikan diri sedangkan perkara ini menjadi lebih mudah jika dibincangkan dengan baik.
Jika sesiapa yang mengenali Azita, sila hubungi Azli melalui laman sosial facebook milik Azli di Nor Azli.
loading...

0 Response to " Isteri Nekad Lari Bersama Kekasih Selepas Hubungan Sulit Dihidu Suami"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close