loading...
Kadang-kadang kita makan di gerai, pasti ada penggemis datang meminta wang, ada yang menjual tisu, dengan pelbagai kes dibuktikan kebanyakkan mereka sebenarnya ambil kesempatan yang membuatkan ramai antara kita takut untuk memberi wang kepada mereka.
Ada antara mereka betul-betul memerlukan, ada yang memang miskin sehingga anak-anak terpaksa tidak bersekolah kerana tidak mampu, walaupun kita rasa adakah ianya wujud, tapi berdasarkan pengalaman admin sendiri orang minta bantuan, memang ada walaupun agak jarang kita dengari.
Cerita yang admin tulis kali ini, bukan berlaku di negara kita, tetapi sebagai contoh dan iktibar yang tolong menolong itu sebenarnya besar pahala dan mengembirakan mereka yang betul-betul memerlukan.
Kejadian berlaku di negara Filipina, diceritakan oleh Geo Tolentino Ringor di mana dia dan suaminya, John, berjalan keluar dari sebuah restoran di Jollibee, Quezon City, namun tiba-tiba datang seorang kanak-kanak lelaki jalanan meminta makanan.
Melihat kanak-kanak itu, mereka pun memberikan sebungkus makanan yang dibungkus untuk anak mereka di rumah.
Selepas diberikan makanan kepada kanak-kanak itu, dia dilihat terus beredar ke satu tempat di mana ada seorang kanak-kanak perempuan kecil sedang menunggu.
Pasangan itu ternyata terkejut apabila kanak-kanak lelaki itu terus menyuap makanan yang diberikan mereka itu ke mulut adiknya, sehingga habis di mana hanya semulut disuapkan ke mulutnya sendiri, namun mereka berdua dilihat tetap gembira.
Alangkah indahnya saling bantu membantu, bagi mereka yang betul-betul memerlukan, sebungkus nasi pun dapat membuatkan mereka gembira, jadi sama-samalah kita bantu mereka yang betul-betul memerlukan.
loading...
0 Response to "Pasangan Berikan Sebungkus Makanan Kepada Budak Jalanan, Apa Yang Budak Jalanan Ini Lakukan Selepas Itu Buat Netizen Tersentuh"
Post a Comment