loading...
Guru di sebuah sekolah di wilayah Anhui, timur China, tampil dengan cara luar biasa untuk mengelakkan pelajar mereka dari meniru ketika peperiksaan - iaitu dengan memaksa mereka memakai kertas surat khabar di kepala.
Menurut People's Daily Online, pemakaian kertas itu dibuat supaya pelajar tidak dapat melihat kawasan sekeliling.
Foto penggunaan teknik itu, yang mula tersebar di media sosial, telah menyebabkan perbahasan sama ada cara itu sesuai untuk menghalang peniruan.
Kata laporan itu juga, foto berkenaan diambil dan dimuat naik ke internet oleh seorang guru yang memantau satu peperiksaan.
Kertas surat khabar dipotong di bahagian tengah supaya pelajar boleh meletakkannya di atas kepala.
Namun, tidak semua gemarkan teknik tersebut biarpun ada yang memuji kreativiti para guru yang terlibat.
Zhao Jiaxuan menulis di Weibo: "Ini bukan lagi soal menghalang penipuan dalam peperiksaan, ianya boleh membawa kesangsian serius dalam kalangan pelajar. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan psikologi kepada pelajar.
Time Machine - 2009 pula menulis: "Jika guru memantau peperiksaan dengan elok di dalam bilik darjah, sangat mudah untuk menangkan peniru. Tidak perlu melakukan cara ini.
loading...
0 Response to "Pelajar di China Dipaksa Selubungkan Kepala Dengan Surat Khabar Untuk Elak Peniruan Berlaku"
Post a Comment