loading...
Setiap orang ingin melancung, tidak kiralah samada di dalam ata ke luar negara, namun masalah bajet yang agak besar berbanding dengan kemampuan membataskan sesetangah orang untuk berjalan.
Perkara utama yang difikirkan terutamanya bila membawa anak kecil sudah pasti tempat penginapan yang selesan, namun bagi seorang lelaki bernama Kas Hariz dan keluaganya ini itu kini bukanlah satu halangan kepadanya.
Mana tidaknya beliau telah mengubahsuai sebuah van buruk jenis Datsun C20 tahun 1983 menjadi sebuah Camper Van yang cukup selesa dan kini digunapakai olehnya untuk makan angin tanpa perlu memikirkan kos penginapan yang tinggi.
Dalam satu perkongsian beliau dalam group My Campervan Malaysia beliau telah berkongsikan pengalamannya menggunakan camper van beliau itu.
Alhamdulillah, Hujung tahun hari tu kami ke Teluk Senangin berkhemah dalam campervan kami yang kecil ni. Pertama kali ke sini. Cuaca pun baik dan suasana malam tahun baru yang tenang bertemankan bunyi ombak dan angin malam pantai yang mendamaikan.
Bukanlah rancangan menyambut tahun baru sebenarnya, cuma menghabiskan sisa cuti yang berbaki.
Ini adalah pengalaman pertama kami bersama van berusia 34tahun ini membuat perjalanan yang sedikit jauh. Alhamdulillah kami selamat sepanjang perjalanan walaupun diberi sedikit ujian ketika pergi dan pulang.
Supaya kami lebih mengenali hati budi van kami maka Allah uji kami sekeluarga sebagai tanda kasihNya. Kami bersyukur untuk ujian menghadapi permulaan tahun 2017 ini.
Selepas ini kemana ? kami pun belum pasti..hehe.
ikuti kami di Instagram ourdatsunc20
*untuk ingatan semua, bersamalah kita menjaga kebersihan alam sekitar, kebersihan sebahagian dari iman. Sedih melihat sampah yang bertaburan di sana.
terima kasih.
Jom layan gambar-gambar percutian beliau.
A video posted by Kas & Yng (@ourdatsunc20) on
loading...
0 Response to "(Gambar) Kreatif, Ubaisuai Van Datsun C20 1983 Jadi Campervan, Lelaki Kongsi Pengalaman Hebat Bercuti Bersama Keluarga"
Post a Comment