loading...
Malang tak berbau!
Demikian halnya dengan penyanyi Siti Sarah Raissuddin apabila anak keduanya, Zakira Talita Zahra hilang di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Siti Sarah menerusi laman Instagramnya telah menceritakan pengalamannya melalui detik cemas tersebut.
"Cinta hati ibu... Semalam satu pengajaran dalam hidup saya.. Zakira talita zahra hilang di sebuah komplax membeli belah di Kuala Lumpur!
"Ianya hanya perlukan 5 saat untuk terjadi.. Salah ibu ya saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa orang nak cakap. Nak kata ikat kucing ke, ikat ...... ke, janji anak ibu tak hilang.
"Bila saya tanya Talita cakap "Talita ikut orang baik". Walaupun sebelum ni puas saya ingatkan anak-anak supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali, tapi mereka hanyalah anak kecil.
"Siapalah saya untuk beri peringatan, tapi bermula dari kes inilah saya akan mengikat anak saya tanpa saya peduli apa orang nak kata. Janji anak-anak saya selamat.
"Kalau ada yang jual harness tu tolong bagi tau kat sini... Terima kasih kepada puan Aisyah stuff monorel yang manjaga Talita..," tulis Siti Sarah di IGnya
Menerusi pemerhatian di ruangan komen, pengikut Instagram Sarah yang berada di tempat kejadian turut sama-sama berkongsi pengalaman mereka menempuhi detik cemas itu.
loading...
0 Response to "ANAK HILANG DI SHOPPING MALL - SITI SARAH AMBIL PENGAJARAN"
Post a Comment