loading...
Seorang bayi lelaki menjadi tumpuan selepas dia dilahirkan dengan tanda lahir istimewa berbentuk hati di atas dahi sehinggakan jururawat yang menyambut kelahirannya juga berebut-rebut untuk mengambil gambar selfie bersama bayi itu.
Bapa, Murat Engin, 30 dan isterinya, Cyeda, 28, tidak menyangka kelahiran bayi itu ditanda dengan tanda lahir berwarna merah berbentuk sedemikian di dahi.
Cinar kini sudah berusia 14 bulan, namun 'para peminat' masih belum berhenti-henti mengambil foto selfie dengannya.
Murat, dari Ankara di Turkey berkata: "Kami sayangkan dia dan tanda lahirnya".
"Selepas jururawat mencuci darah di kepalanya, saya yang pertama melihat tanda lahir di kepala itu. Saya sangat terkejut. Apabila saya melihat dengan lebih dekat, saya dapati ianya berbentuk hati. Sangat sukar untuk saya simpan air mata (ketika itu).
"Jururawat sampaikan terkejut dengan berkata 'oh Tuhan, ini sukar untuk dipercayai, dia seorang love baby'. Ketiga-tiga mereka itu mengambil peluang untuk berselfie. Apabila ibunya melihat tanda lahir itu, dia juga mula menangis. Ianya seolah-olah satu pemberian dari Tuhan.
Menurut Murat juga, tanda lahir bayinya itu juga mengundang senyuman orang ramai apabila melihatnya.
"Mereka berkata dia seorang love baby. Apabila kami pergi ke hospital, doktor dan jururawat sudah mengenalinya dan memanggilnya sebagai Hearted boy. Dia sudah mempunyai ramai peminat.", kata Murat.
loading...
0 Response to "(4 Foto) Bayi Dilahirkan Dengan Tanda Lahir Berbentuk Hati di Dahi"
Post a Comment