loading...
Setiap majlis perkahwinan ada kisahnya yan tersendiri, apa yang menarik, sesuatu yang 'rare' itu pasti amat susah dilupakan dan menjadi kenangan manis sampai bila-bila.
Sebuah kisah yang dikongsikan oleh Ezaura Rafe, kisah yang berlaku pada majlis perkahwinan dia dan suami, walau atas kertas dilihat tidak sempurna kerana tiada pelamin, namun apa yang terjadi sungguh menarik dan sudah pasti memang kenangan terindah dalam hidup mereka.
So cerita aku tahun 2016 ni di akhiri dengan bende-bende yang memang kelakar, sebab 31 December 2016 majlis resepsi belah lelaki yang memang tak tau nak kata apa.
Bermula dengan Pelamin takde. Sebab tiba-tiba orang nak buat pelamin tak sihat. Pening punya pening, Nasib baik mak metua ada lanskap yang ala-ala garden. tapi cantik lah atas tu pokok anggur. Jadilah, ambik kerusi kat umah mak, letak kerusi tengah2, amek sikit-sikit pasu bunga mak penuhkan kiri kanan lanskap tu. Mak pulak cuci lantai lanskap tu sebab ade taik burung. Adoi Gigih tak mak metua aku. hehe
Sebelah pelamin Garden kami tu orang rewang cuci pinggan kenduri. Tak kelakar tau tapi cantik je. Tengok jela gambar. HAHAHAHA
Dah pelamin pun yang hado! Kami decide tak payah pakai baju songket yang kteorg dah sewa tu. Kelam kabut beli baju! Pilih punye pilih, Aku serahkan semua kat suami, sebab nak cantik untuk suami kan, eleh! haha
suami pilih sendiri, dia tengok kat instagram brand Rina Salleh! (Kebetulan minggu depan nak shoot baju Rina Salleh, HAHAHA). Tapi dalam hati risau "orang kata" kawin pakai jubah biasa ni je? Ni nak pegi raya boleh la pakai macam ni. Ok kami decide akan pekak kan telinga. HAHA tapi dalam hati dup dap aih!
Baju tu kain biase je, takde blink2, mak metua cakap p boh swarovski diamond (tiruan punye). Suami gigih letak bende tu kat baju. Tudung kosong beli RM10 tambah lah blink2 tu. Semua suami buat. Aku? aku dok tepi tolong sikit2, sebab dia nak sangat buat. aku bagilah. hahaha
Pendang ke Sg Petani, Sg Petani ke Alor Star, Alor Star ke Pendang, Pendang ke Seberang Prai (Akhirnya beli baju pengantin perempuan), Terus ke Alor Star balik (beli baju lelaki). Settle Baju!
Bila pelamin tak ada, suami pandang dan berkata "makeup lah sendiri". HAHA Aku pun decide makeup la sendiri. Risau la nanti orang makeup tebal, sebab pakai jubah biasa je kannnnnn.
Meja makan? Oh baru teringat nak buat meja makan pengantin masa malam sebelum kenduri.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Suami pegi beli kain semeter RM2.00 je, so kami sama-sama dengan mak, kakak dengan yang lain buat meja makan pengantin. Bila tengok meja pengantin yang asal tu memang yang hado! Tak boleh nak sambungkan kain kiri kanan dengan stapler sebab tu bukan meja kayu, tu meja besi. Jadi kami sambung dengan Peniti tudung. Jadilah cantik macam tuuu. Bila dah siap kurang bunga kan, bunga yang dah siap gubah RM25, adoi taknak beli! Bazir ah! jadi mak mertua korbankan bunga Orkid dia. hehe Maktam tolong gubah jadi cantik macam RM50 tauuu!
Orkid mak nanti pali ganti eh mak. :*
Makanan tak payah risau, ayah settlekan semua. Tapi makanan pengantin kiteorang LUPA NAK FIKIR. Jadi makanlah kami dalam talam seperti mana dalam gambar.
HAHAHA. Kira macam 1st time la makan dalam talam masa kenduri. Rombongan dari KL lagilah tak pernah makan dalam talam. Kira kat Pendang ni special la Nasi Daging dengan air asam, pastu ada ayam ape thah, dengan kari daging. Air paling special. Selalu kenduri air sirap, sirap, sirap je!
HAHA
Nah kami bagi special kiwi asam boi.
Woi Syok woihhh orang KL tak pernah rase bende2 macam ni. Gambar lawa kan, Kiteorang tak hire Photographer sebab ada Kawan-kawan suami semua photograpfer jadilah dapat gambar cantik. Thankyou Aizat, Roy, Babayan, Ubai, AJ, datang dari KL tolong shoot wedding kami yang tak seberapa tapi dalam gambar Woih macam obersea ahhhhhh!
Kat Kedah ni banyak bendang kan, sawah padi bederet, macam Australia, hahahahahahha Acah-acah sangat tapi kau tengok chantik gilos. Toksah la pegi jauh-jauh Malaysia cantik lagi. Kene rajin explore je. Pastu editlah! Hihi
Abis je kenduri, apa lagi pengantin cuci periuk pinggan yang lebih-lebih tu la. Bulu mata che ta tak cabut lagi, lens tak sempat bukak, senteng lengan mencucilah kami. HAHA
Ok ah Happy New Year semua, Semoga yang baik-baik akan berlaku tahun ni ya. Amin Yaa Rabb.
:*
Oh sis lupa. barulah Ini Zogha! HAHA.
loading...
0 Response to "Detik Kelakar Sebuah Majlis Kahwin, Wanita Kongsi Kisah Tukang Buat Pelamin Sakit, Pakai Jubah Dan Tudung RM10"
Post a Comment