"Berbaloi Ke Kerja Offshore?" Jawapan Engineer Ini Akan Buat Anda Termenung

loading...
"Berbaloi Ke Kerja Offshore?" Jawapan Engineer Ini Akan Buat Anda Termenung

Berbaloi Ke Kerja Offshore ❔❔❔

Semasa belajar di UTP, saya mula melihat potensi dalam bidang minyak dan gas. Matlamat utama pastinya bukan bidang itu sendiri, tetapi potensi untuk mendapt gaji yang lumayan.
Semasa praktikal saya telah mendapat peluang untuk ke Offshore bagi kerja Hook-up.
Setelah menamatkan pengajian, saya mula menyusun langkah mencari peluang dalam bidang ini. Kerja pertama saya hanya bertahan selama 2 bulan. Sempat saya habiskan 2 job di atas ‘Drilling Rig’.
Namun atas masalah syarikat, saya berhenti.
Alhamdulillah, rezeki saya masih ada di dalam bidang ini. Saya telah mendapat tawaran sebagai Jurutera Lapangan.
Dari pengalaman saya, ini yang saya boleh kongsikan:
1. Gaji/Elaun
🔘 Umum mengetahui gaji/elaun pekerja laut agak lumayan, itu saya tidak nafikan. Kebiasaannya pekerja tetap diberi gaji bulanan dan elaun offshore.
Elaun yang pernah saya terima sekitar RM80 – RM350 sehari.
Bagi pekerja kontrak/freelance, kebiasaannya gaji dibayar mengikut hari yang mana jumlahnya boleh mencecah ribuan ringgit sehari.
2. Rotation & Shif
🔘 Bergantung kepada jenis kerja, ada yang rotation 2minggu on/off (biasanya kerja di pelantar), ada yang 4minggu on/off (biasanya kerja di drilling rig), ada yang berbulan-bulan (biasanya orang kapal), dan bagi kru projek rotation tidak menentu bergantung tempoh projek. Kebiasaannya saya perlu ke laut 2-3 bulan, off 1 / 2 minggu dan kembali semula ke laut.
🔘 Bagi shif pula, hanya ada shif malam / shif siang, dimana 1 shif adalah selama 12jam. Nampak mudah bukan kerja 12 jam, namun bagi Jurutera tempoh 12 jam hanyalah untuk memantau kerja kru di deck atau pelantar.
Selepas habisnya 1 shif, pelbagai laporan dan plan kerja perlu di kemaskini.
Kebiasaannya 1 hari tempoh kerja sekitar 15 ke 16 jam, lebih sehari pun sudah menjadi lumrah kerja laut.
Lebih teruk lagi, jika tersadai di pelantar atau boat ketika cuacu buruk. Hanya mampu pasrah dan berdoa untuk cepat pulang ke kapal.
3. Pengangkutan
🔘 Hanya ada 2 cara untuk pergi offshore samada helicopter (chopper) atau kru boat. Kebiasaannya hanya klien atau pekerja rig yang guna chopper, untung mereka kan?

Bagi kami kru projek, boat adalah satu-satunya pengangkutan yang digunakan. Pengalaman saya yang paling ngeri apabila menaiki boat untuk pulang ke darat selama 33jam, keadaan saya ketika itu amat sengsara.
Telan pil, tidur, bangun, makan masih nampak laut. Saya pun tak ingat berapa kali muntah ketika itu.
4. Makanan
🔘 Bagi makanan ia bergantung kepada dimana anda berada, menu pastinya berbeza.
Pernah satu ketika saya terdampar di sebuah pelantar, makanan memang superb. Dengan pelbagai makanan laut, ais krim baskin robbins & magnum, buah-buahan, segalanya ada.
Boleh katakan saya tidak pernah ponteng waktu makan 5 kali sehari dan sejujurnya berat saya bertambah 2kg dalam masa 36hari.
Namun yang pahitnya pasti ada, ketika di dalam boat di Mumbai, hampir 2 hari saya hanya makan nasi putih berkuahkan dhal.
5. Keselamatan
🔘 Masa kerja di laut, fokus yang tinggi diperlukan setiap masa demi keselamatan. Walaupun kerja sentiasa rasa tak tenang dan seperti di dalam penjara.
Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran. Sampaikan ada yang tak dapat menghadiri pengkebumian ibu bapa sendiri akibat ketiadaan boat dan chopper.

loading...

0 Response to ""Berbaloi Ke Kerja Offshore?" Jawapan Engineer Ini Akan Buat Anda Termenung"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close