Menteri Besar Puji Semangat Pendaki IPOH, Tengok Apa Beliau Cakap !

loading...
Viral Malaya: Menteri Besar Puji Semangat Pendaki IPOH, Tengok Apa Beliau Cakap !

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memuji keberanian lapan remaja yang membuat aksi berani mati memanjat mercu tanda `IPOH’ baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun mengingatkan mereka bahawa aspek keselamatan perlu diberi keutamaan kerana ianya boleh mengundang kejadian yang tidak diingini dan memberi kesan kepada banyak pihak.
“Saya tidak katakan sifat yang ada pada kumpulan itu tidak baik, tapi keberanian dan sifat baik mereka itu perlu disalurkan kepada benda yang lebih positif dan tidak membahayakan.
“Mereka mempunyai kemahiran dan kita faham minat mereka dalam sukan kelainan ini, namun jangan sampai ianya merisikokan nyawa mereka serta masyarakat. Bayangkan sekiranya perkara tidak diingini berlaku, siapa yang akan dipersalahkan?” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.

Baru-baru ini, lapan remaja berkenaan telah menggemparkan negara dengan aksi berani mati memanjat papan tanda `IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar, tanpa mengambil langkah-langkah keselamatan.
Dr Zambry memberitahu kerajaan negeri melalui Exco Belia dan Sukan telah diminta mendekati kumpulan tersebut bagi memahami dan membimbing kumpulan yang diklasifikasikan sebagai kelainan minat itu, untuk tidak lagi melakukan aksi-aksi yang boleh memudaratkan.
“Kita mahu dekati mereka, saya tak mahu mengambil pendekatan seolah-olah kita menghukum mereka terus dan menjauhkan diri.
“Kita mahu berbincang dengan mereka, memahami minat mereka ini dan dalam masa yang sama memberi nasihat dan mungkin menubuhkan kelab untuk mereka,” jelasnya.
Namun, pada masa sama, Dr Zambry turut menegaskan, walaupun kerajaan negeri memahami keberanian dan semangat yang ditonjolkan oleh kumpulan itu, tindakan undang-undang susulan daripada aksi yang dilakukan mereka itu tetap terserah kepada pihak polis.
loading...

0 Response to "Menteri Besar Puji Semangat Pendaki IPOH, Tengok Apa Beliau Cakap !"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close