Lakukan Aktiviti Membuat Sabun D.I.Y Bersama Anak, Wanita Ini Kongsi Tip Nak 'Goda' Anak Bersemangat Pergi Ke Sekolah

loading...
Lakukan Aktiviti Membuat Sabun D.I.Y Bersama Anak, Wanita Ini Kongsi Tip Nak 'Goda' Anak Bersemangat Pergi Ke Sekolah

Untuk mendapatkan perhatian anak-anak ada masanya memberi cabaran buat ibu dan bapa pada masa kini. Lebih-lebih lagi jika ingin memastikan mereka sentiasa bersemangat, untuk memulakan hari baharu, seperti pergi ke sekolah atau tadika.
Namun begitu, bagi kanak-kanak yang sudah lama berada di rumah, dan perlu membuat luar dari kebiasaan, iaitu pergi ke tadika atau sekolah, ia pasti akan membuatkan mereka berat hati. Mana tidaknya, sudah tahu kalau ke sekolah, pasti tidak dapat menonton televisyen seperti di rumah.
Bagi seorang ibu, tugas yang dipikul juga tidak kurang hebatnya, untuk memastikan anak tidak mempunyai masalah di awal pagi, dalam bersiap ke sekolah, dan ada caranya untuk membuatkan anak terus bersemangat bangun di awal pagi, bagaimana pula caranya? Puan Suhaili Baharudin kongsikan tip yang boleh dipraktikkan oleh ibu dan bapa di luar sana.
Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Buat Sabun Mandi Sendiri, Untuk Anak Bersemangat Ke Sekolah

Esok (hari ini) anak kedua saya, Amanda akan ke tadika. Tapi dia bilang dia tak nak ke sekolah sebab "school tak ada tv" (emak pitam).
Saya yakin sangat saya bakal melalui drama tangisan nak menyiapkan dia ke sekolah pagi esok. Banyak lah alasan dia nanti.
Menjadi supermak, saya kena cari cara untuk buat dia semangat nak ke sekolah. Maka mari kita ajak dia buat sabun mandi sendiri. Mudah-mudahan dia bangun tidur dengan mudah sebab teringat ada sabun hasil tangan dia. Lepas itu saya akan pakaikan dia baju sekolah dan terus ke tadika.
Ya, jadi mak kena buat perancangan awal. Bulan depan punya aktiviti hari ni dah kena fikir.
1. Ini adalah sabun jenis melt and pour. Super easy and kids friendly process. Soap base melt and pour memang ada dijual bentuk sebuku keras macam ni. Ada warna transparent dan warna putih.
Saya rasa kawan-kawan fb ada yang menjual sabun jenis melt and pour ni. Boleh juga Google.
Mold/Acuan/Silikon - ada dijual di Mr DIY. Murah dan cantik.

Pewarna
 - Dalam gambar ni saya guna pewarna khas untuk sabun. Tak guna warna pun tak apa sebab bila masukkan dalam mold pun dah sangat cantik.
Essential oil - tak ada pun tak apa.
2. Potong kecil-kecil supaya senang nak cairkan nanti. 
- Belah kiri soap base jenis opaque (putih)
- Belah kanan soap base jenis transparent.
3. Proses mencairkan soap base ada 2 cara:
a. Kuali/periuk guna dapur biasa - Api perlu perlahan dan sentiasa kacau. Kalau api kuat merasalah sabun korang rentung nanti.
b. Microwave - Lebih kurang 30 saat untuk cair.
Pastikan anak-anak jauh dari kawasan ni. Walaupun dorang melompat-lompat nak tengok juga jangan layan. Boleh guna juga kuasa petir kalau perlu, haha
4. Saya guna microwave. 30 saat dah cair sepenuhnya. Awas, panas.
5. Masukkan pewarna. Kacau rata dan pastikan warna tak bertompok. Kalau nanti tak cantik tengoklah muka anak berkerut tak puas hati kenapa sabun mereka jadi buruk.
Sekali lagi diingatkan waktu ni soap base adalah panas, jadi berhati-hati.

6. Haaa nampak Amanda gigih menuang soap base dia ke dalam mold. Hijau warna favourite dan dinasour adalah haiwan kesukaan dia.
Oh dia fikir dia adalah budak boy. Entahlah kenapa.
Tema dia setiap hari adalah superhero. (Pitam)
7. Abaikan yang comot dan menitik-nitik tu. Waktu ni anak-anak akan melompat-lompat girang kagum dengan diri sendiri.
Tunggu dalam sejam sebelum keluarkan dari acuan.
8. Tadaaaa~ Banyak betul haiwan liar.
Anak-anak memang akan teruja sebab mereka feeling buat sendiri kan?
Ok tiba-tiba Amanda dah nak mandi sekarang . Menyesal mak buat sabun waktu siang. Patut buat sebelum tidur, haha.
9. Besarlah harapan saya supaya esok Amanda bangun tidur dengan mudah. Saya akan kejutkan dia dengan ayat "eh Amanda ada sabun dinasour lah, jom tengok!"
Pasti segar biji mata dia, hahaha. Doakan dia nak ke sekolah.
Saya yakin, esok saya akan berukun tetangga di sekolah dia. Silap-silap kena teman sampai 2-3 hari. Pengsan.
Bukan boleh dilakukan untuk kegunaan anak-anak sahaja, kita sebagai orang dewasa juga boleh membuat sabun sendiri selepas ini, mana tahu, boleh mengikut aroma yang diinginkan sendiri. Moga-moga anak-anak mempunyai semangat yang lebih, untuk bangun di awal pagi.
loading...

0 Response to "Lakukan Aktiviti Membuat Sabun D.I.Y Bersama Anak, Wanita Ini Kongsi Tip Nak 'Goda' Anak Bersemangat Pergi Ke Sekolah"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close