Lelaki Disatukan Semula Dengan Keretanya Selepas Lupa Dimana ia Diparkir 6 Bulan Lalu

loading...
Lelaki Disatukan Semula Dengan Keretanya Selepas Lupa Dimana ia Diparkir 6 Bulan Lalu


Seorang pemandu sebuah kereta BMW yang meletakkan keretanya di sebuah bangunan bertingkat terpaksa hidup tanpa kereta mewah itu selama enam bulan setelah dia terlupa dimana dia meletakkannya.
Enam bulan lalu, lelaki terbabit meletakkan kenderaannya itu di bangunan terbabit untuk pergi ke satu gig di Stadium Etihad selepas memandu dari Scotland.
Bagaimanapun, malang menimpa lelaki terbabit apabila terlupa dimana dia meletakkan kenderaan tersebut dan menghabiskan masa selama lima hari mencari sebelum berputus asa.
Dia juga telah menghantar emel kepada pelbagai syarikat dan juga pihak berkuasa untuk mengetahui sama ada keretanya telah dialih atau ditarik, namun, respon yang diterima langsung tidak membantu.
Selepas itu, dia membuat satu laporan polis mengenai kereta hilang atau dicuri pada Ogos.

Ditemui 6 bulan selepas itu
Enam bulan selepas itu, seorang pegawai ternampak sebuah kereta yang kelihatan sudah lama terbiar di sebuah kotak parkir di bangunan terbabit.
Setelah memeriksa rekod, pegawai itu mendapati kereta BMW berkenaan sudah dilaporkan dalam kategori hilang atau dicuri lalu dia menghubungi pemiliknya untuk mengkhabarkan berita baik itu.
Pegawai itu menganggarkan jumlah bayaran parkir mungkin dalam £5,000 (RM27,000).
Inspektor Phil Spurgeon dari GMP City Centre mengeluarkan tweet berkenaan insiden itu dengan berkata: "11.55 pm - pegawai telah menemui sebuah kereta di bangungan bertingkat yang hilang sejak Jun, pemandunya mengunjungi bandar ini tetapi terlupa dimana dia parkir kereta terbabit".
"Pemandu itu menghabiskan masa lima hari di mencari di kawasan-kawasan parkir sekitar bandar sebelum melaporkannya sebagai hilang atau dicuri", tulisnya.
Sumber: Metro.co.uk
loading...

0 Response to "Lelaki Disatukan Semula Dengan Keretanya Selepas Lupa Dimana ia Diparkir 6 Bulan Lalu"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close