"KELUARGA BERI SOKONGAN PELUK ISLAM" - ADEL AF

loading...
"KELUARGA BERI SOKONGAN PELUK ISLAM" - ADEL AF

Semua sedia maklum bahawa bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adel atau nama penuhnya Adeline Joyce Masidah, 23, baru sahaja selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Affan Jumahat, 29.
Kata Adel, dia dan pasangan yang juga seorang duda mempunyai tiga orang anak iaitu Putri Arfa 5, Putri Khadijah, 3 dan Putri Sarah, 1, itu berkenalan dan mula mengenali satu sama sejak setahun yang lalu dan bertunang pada 3 Disember lalu.
Dalam pada itu, Adel mengakui keluarganya memberi sokongan kepadanya untuk memeluk agama Islam. Menurutnya, dia memeluk agama Islam bulan lalu selepas dilamar.
"Lama juga saya fikir untuk memeluk Islam dan bila sudah yakin, saya beritahu pada keluarga dan mereka memberi sokongan.
"Cuma saya masih baru bergelar seorang Muslim. Baru sebulan dan masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan lakukan dengan perlahan-lahan," ujarnya dipetik sebagai berkata.
Ditanya mengenai status suaminya, jelas Adel, dia tidak kisah jika ada yang ingin bercakap negatif mengenai perkara itu.
"Hubungan saya dengan semua orang baik sahaja. Jadi, tidak timbul masalah dalam perkahwinan ini dan saya tidak peduli apa yang orang ingin katakan.

"Saya juga selesa dengan ketiga-tiga anak suami saya. Mula-mula memang kekok tetapi kini hubungan saya dan anak-anaknya mesra sahaja," katanya.
Buat masa ini, jelas Adel, dia masih lagi belum memikirkan lokasi untuk berbulan madu kerana masih ada kerja yang perlu diselesaikan.
Difahamkan, majlis resepsi mereka akan diadakan di Laya Laya, Tuaran, Sabah pada hari ini.
Berkenaan kerjaya nyanyian pula, Adel berkata yang ia masih diteruskan seperti biasa tanpa halangan daripada suami.

Sumber: Utusan Malaysia
Foto: Instagram Adel AF & 2MJ Combination Photography
loading...

0 Response to ""KELUARGA BERI SOKONGAN PELUK ISLAM" - ADEL AF"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close