Gajah Dipercayai Dibunuh Pemburu Haram, Gading Diambil

loading...
Gajah Dipercayai Dibunuh Pemburu Haram, Gading Diambil

Foto besar: Gajah unik bernama Sabre itu ditemui dibunuh dan rangkanya ditemui oleh DGFC (foto kecil atas). Foto kecil bawah: Seekor lagi gajah lain ditemui mati 1.5km dari kawasan bangkai Sabre ditemui.
Kota Kinabalu, 1 Jan - Gajah di Sabah yang pernah menjadi tumpuan antarabangsa kerana gadingnya yang unik ditemui mati ditembak di kawasan Sungai Segama, Lahad Datu dekat sini semalam.
Gajah yang diberi nama Sabre mempunyai gading yang menghala ke bawah, sama seperti haiwan prasejarah dan penemuan unik itu turut mendapat liputan beberapa portal antarabangsa.
Kata Pengarah Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), Dr. Benoit Goosseens, bangkai gajah itu yang dipasang alat pengesan satelit ditemui oleh pihaknya dan Unit Perlindungan Hidupan Liar Sabah (JHL).
"Mengikut data yang direkodkan dalam kalung di leher, gajah jantan itu dipercayai dibunuh pada 20 November lalu sebelum gadingnya diambil oleh pemburu haram.
"Lebih menyedihkan, seekor lagi bangkai gajah ditemui kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi bangkai gajah pertama dengan kesan kecederaan di muka dan gadingnya juga menerima nasib yang sama," katanya Benoit.
Katanya, ada kesan tembakan pada haiwan berkenaan dan ia dilakukan oleh pemburu haram.
"Cukup menyedihkan apabila haiwan mamalia unik dan terlindung ini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Selain itu, pihaknya juga berharap agar pihak berkuasa memburu dalang yang membunuh gajah berkenaan.
Gajah yang pernah mendapat liputan luar negara kerana keunikan gadingnya turut ditemui terbunuh.

RANGKA gajah yang menyerupai haiwan prasejarah ditemui di kawasan Sungai Segama Lahad Datu
Seekor gajah lain ditemui 1.5km dari kawasan bangkai Sabre ditemui.
loading...

0 Response to "Gajah Dipercayai Dibunuh Pemburu Haram, Gading Diambil"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close