Ini Respon Balas Elly Mazlein Setelah Dimalukan, "Teruk Kena Boo"

loading...

Ini Respon Balas Elly Mazlein Setelah "Teruk Kena Boo"


Elly Mazlein telah di �boo� para penonton pada konsert minggu ke-5dan ke-6 Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).

Setiap kali apabila namanya disebut Datuk Seri Vida untuk diberikan imuniti agar dapat diserap masuk semula, pasti para penonton di pentas menyahut dengan ejekan.

"Boo" itu tandanya mereka tidak bersetuju Elly untuk diberikan imuniti.

Terpalit dengan perkara berkenaan, ini respon Elly:

KENA BOO SEJAK MINGGU KE-5

�Saya tak berjauh hati kerana sedia maklum setiap artis ada peminat yang akan menyokong mereka dan faham konsep itu.

�Sebenarnya semua peserta GV3 rapat persis adik-beradik. Apabila di �boo�, saya tak rasa apa-apa kerana semua pertandingan memang begitu malah saya tak marah pun penyokong artis lain walaupun sebelum ini mereka asyik menyalahkan peminat saya.

�Peminat sedih tetapi saya beritahu mereka saya ok. Saya perasan sejak minggu kelima konsert GV3 lagi saya di boo apabila Datuk Seri Vida mencalonkan nama saya untuk diberikan imuniti. Saya faham penyokong dan peminat mesti menyokong artis kegemaran masing-masing,� .

TAK BOLEH CEPAT MELATAH

�Sebagai anak seni, jangan cepat sentap dan mesti sanggup berdepan dengan apa saja cabaran. Hati mesti keras, kental dan kebal,�

�GV3 beri impak besar kepada kerjaya seni saya. Sebelum ini saya pernah berehat selama dua tahun kerana hamil dan berpantang.

�GV3 membantu saya dalam banyak seni dan menjadi pembuka jalan untuk kembali aktif menyanyi dan berlakon,�

Semoga Elly berjaya diluar sana untuk menyara diri dan juga anaknya.
loading...

0 Response to "Ini Respon Balas Elly Mazlein Setelah Dimalukan, "Teruk Kena Boo""

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close