A. Aida Terkejut Tindakan "Kurang Waras" Bekas Suaminya, Ameng Spring Mahu Anak Berhenti Belajar

loading...

A. Aida Terkejut Tindakan "Kurang Waras" Bekas Suaminya, Ameng Spring Mahu Anak Berhenti Belajar


Penerbit drama popular, Datuk A Aida meluahkan rasa kekesalan dengan bekas suaminya Ameng Spring yang mahu anak-anaknya tidak meneruskan pelajaran.

A. Aida telah menyifatkan bekas suaminya itu sebagai "kurang waras".

Bagi Aida, seorang bapa seharusnya memberi galakan untuk berjaya kepada anak-anaknya dan bukan sebaliknya.

Ini kenyataan A.Aida:

�Saya terkejut apabila anak sulung memberitahu bapa mereka tak mahu dia melanjutkan pelajaran kerana dengan menyanyi saja boleh menjadi kaya.

�Bagi saya itu satu sikap yang kurang waras. Sepatutnya sebagai bapa dia perlu memberi dorongan dan kata-kata semangat.

�Tambahan pula anak saya kini sedang menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia,�


�Saya tahu anak ada bakat dalam bidang nyanyian tetapi saya tetap menghalang, malah mereka pun tak mahu sebenarnya.

�Mereka lebih suka jika tidak berada dalam bidang ini. Biarlah saya seorang saja yang terbabit dalam bidang hiburan,�


Ameng telah bercerai dengan A. Aida pada Disember 2003 selepas sembilan tahun mendirikan perkahwinan.

Pasangan ini mempunyai dua cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa (20 tahun) dan Wan Azevanatassha (15 tahun)

Ameng sebelum ini ada merancang untuk menghasilkan album khas yang menampilkan Az Aleesa, Azevanatassha dan Wan Amar Haikal, (9 tahun - anak dengan isteri terkini).

Aida menegaskan anak-anaknya tidak akan dibenarkan untuk menceburi bidang seni walaupun mempunyai bakat besar.

loading...

0 Response to "A. Aida Terkejut Tindakan "Kurang Waras" Bekas Suaminya, Ameng Spring Mahu Anak Berhenti Belajar"

Post a Comment

Comments system

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close